12 Jan 2012

Program Orientasi Tingkatan 1 & Peralihan 2012

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...
Pada tanggal 30 Disember 2012 yang lalu telah dijalankan satu program orientasi pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan bagi sesi 2012.
Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik daripada semua guru dan juga ibu bapa serta para pelajar.
Jom, kita saksikan sedikit bingkisan gambar semasa program berjalan.
--Ibu Bapa dan pelajar melihat penempatan kelas sebelum membuat pendaftaran--

 ---Ibu bapa dan pelajar membanjiri kaunter pendaftaran seawal jam 7.30 pagi---
 ---YDP PIBG sedang menyampaikan amanat---
---Pengagihan buku teks yang diuruskan oleh Unit SPBT---
 ---Pelajar-pelajar baru melafazkan ikrar sebagai pelajar SMK Damansara Damai---
 ---Pelajar dilatih berbaris ketika bergerak masuk ke dalam kelas--
---Guru kelas memberikan taklimat kepada pelajar---

Sejarah Unit Bimbingan & Kaunseling SMKDD1

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMKDD1 secara rasminya bermula pada tahun 2006, iaitu sejajar dengan pembukaan sekolah tersebut. Memandangkan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling sangat penting di sekolah, dua orang kaunselor terlatih telah dihantar oleh kementerian. Kaunselor yang di maksudkan adalah Puan Chew Bee Lee dan Puan Mashitah. Kehadiran dua orang kaunselor ini adalah berdasarkan kuota seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar.

Memandangkan bilangan pelajar semakin bertambah dari semasa ke semasa, kehadiran dua orang kaunselor tersebut masih tidak cukup untuk menampung keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Oleh sebab itu, En. Mohd Shahrizal b. Shoib telah ditempatkan oleh kementerian pada awal tahun 2008 bagi memenuhi keperluan semasa bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Pada tahun 2009, Puan Chew Bee Lee dan Puan Mashitah telah dipindahkan. Namun, yang hilang patah tumbuh berganti. Pada tahun berkenaan juga, dua orang kaunselor yang didatangkan dari sekolah di Sarawak iaitu Puan Hasliyana bt Kamaluddin dan Cik Rozita Harun yang pernah bertugas di SMKBSD2 telah dipilih untuk mengisi kekosongan kaunselor yang terdahulu.

Seterusnya, kehadiran seorang kaunselor terlatih daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris pada akhir tahun 2010 iaitu En. Ahmad Zaid b. Zulkiflee telah memenuhkan kuota kaunselor di SMKDD1 bagi pelajar yang berjumlah lebih daripada 1800 orang pelajar.

Kehadiran keempat-empat kaunselor ini telah merancakkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Memandangkan sekolah SMKDD1 merupakan sekolah dua sesi, pengagihan tugas telah dilakukan supaya perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih mantap. Pada tahun 2011, En Shahrizal telah menerima surat perpindahan dan kekosongannya telah diganti oleh seorang kaunselor daripada SMK Tat Beng, Perak. Kaunselor berkenaan ialah Puan Asnah bt Ahmad.

Dengan adanya kaunselor-kaunselor berkenaan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik dan telah mendapat sokongan daripada pelajar dan guru.